wahai kamu diluar sana... buka mata..buka hati..
kita dijanjikan bahagia.. selagi ada restu orang tua.. kepada CINTA...
kamu bukan segala-galanya untukku jika tiada restu orang tuaku..
aku juga bukanlah untukmu jika tiada restu orang tuamu..
kepada kamu jodohku yang aku tidak tahu namanya,
siapapun kamu di luar sana mugkin bukan lagi urusanku..
siapapun kamu di dalam hidupmu mugkin juga belum menjadi keperluanku..
kepada bakal suamiku; dengarkan ini..dan maafkan aku..
aku melakukan apa yang ku mahu hari ini,
kerana sesungguhnya aku tidak tahu siapa kamu..
jika saja aku tahu, pasti semuanya tidak akan jadi begini..
aku sadar aku banyak kekurangan..
tp bukan kesempurnaan yang aku cari.. tp agamamu..pembimbing ku.. wahai jodohku...
aku juga berusaha belajar.. supaya anak-anak kamu tidak malu menjadikan aku ibu..
aku belajar untuk keraskan hatiku.. supaya aku tidak akan menangis karanemu...
aku minta maaf kepadamu bakal suamiku..
kerana aku wanita biasa..
aku mungkin boleh berharap nama siapa yang bersanding dengan namaku..
aku juga boleh menyimpan harapan nama siapa yang akan mendukungku menempuh hidup..
aku juga mampu menulis nama siapa didalam hatiku..
namun....
aku tidak tahu nama kamu yang tertulis di atas sana..
tertulis di dalam buku hidupku..
tertulis sebagai jodohku.. sebagai tanda kasih sayangku..
hanya bait-bait do'a sebagai temanku..
semoga apa yang ku lakukan hari ini, tidak akan membuat aku kehilanganmu..
kerana aku yakin... hanya DIA yang tahu kamu yang terbaik untukku....